Soalan Lazim


1. Apakah RQ Petromax?
RQ Petromax adalah formulasi yang boleh bertindak balas dengan bahan api. Ianya adalah teknologi hijau yang menggunakan 100% pati (ester) tumbuhan semulajadi yang berkualiti.

2. Di manakah sumber bahan mentah RQ Petromax diperolehi?
RQ Petromax membeli bahan mentah dari pembekal tempatan, yang mematuhi standard dan piawaian kerajaan

3. Bagaimanakah RQ Petromax tindakbalas berfungsi?
RQ Petromax bertindakbalas dengan tiga cara:
PERTAMA - Mutu bahan api adalah tertakluk kepada jenis RON yang terkandung di dalamnya, Semakin kecil bacaan RON semakin besar rangkaian molikulnya. Tugas RQ Petromax adalah untuk merungkai rangkaian molikul tersebut menjadi rangkaian molikul yang lebih kecil supaya jumlah pelepasan oksijen bagi membantu pembakaran akan dapat bergerak lebih banyak dan dengan yang demikian akan menghasilkan pembakaran yang lebih sempurna.
KEDUA - RQ Petromax juga berfungsi membersih mendapan-mendapan terutama mendapan karbon dari tangki bahan api sehinggalah saluran ekzos.
KETIGA - RQ Petromax juga berfungsi sebagai bahan pelincir terutama di bahagian atas enjin kenderaan. Setelah pergerakan bahagian atas enjin menjadi lebih lancer, prestasi pergerakan enjin tersebut akan bertambah baik.

4. Bagaimana penemuan additive seperti RQ Petromax yang berfungsi untuk mengurangkan penggunaan bahanapi dan mengurangkan pelepasan karbon mula diketahui?
Pada asalnya ester dibangunkan untuk tentera AS pada tahun 1944 oleh Morton Z. Ketika itu adalah suasana krisis iaitu apabila pihak Bersekutu mendapati bekalan petrol dan diesel telah berkurangan. Keperluan untuk mencari bahan pelinciran tambahan kepada bahan api baru kerana kualiti bahan api ketika itu semakin rendah dan menyebabkan enjin menjadi lebih panas. Namun selepas operasi ketenteraan terhenti, penyelidikan ditangguhkan selama bertahun-tahun kerana ia tidak menjadi kos efektif kerana bekalan bahan api yang banyak.
Pada tahun 1980-an formulasi asal itu telah dibangunkan semula oleh Dr Fainman dan dipatenkan sebagai D-1280X dalam tahun 1980-an ".
Sejak dari itu ester telah banyak digunakan di dalam beberapa industri. Selain dari biodiesel, tindakbalas kimia atau pun biologi mengikut kaedah saintifik, ester telah digunakan dalam industri minyak wangi, alcohol dan pembuatan plastik.

5. Mengapa kita perlu menggunakan RQ Petromax?
Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa RQ Petromax boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHC) dari sektor pengangkutan. Pembakaran yang lebih sempurna menyebabkan pengunaan bahanapi yang berkurangan. Di samping itu, RQ Petromax mampu meningkatkan prestasi enjin dan menghasilkan pelepasan ekzos lebih bersih.

6. Apakah perbezaan antara RQ Petromax dengan produk-produk yang seumpamanya di pasaran?
Secara umum, kebanyakan produk 'fuel booster' atau 'octane booster' mempunyai fungsi yang sama iaitu bertindak balas secara kimia dan biologi. Perbezaannya ialah peratusan bahan mentah dalam proses pembuatan produk. Tidak ada satu pun produk 'fuel booster' di pasaran yang mempunyai konsentrasi pada kadar 1ml : 2liter bahan api seperti RQ Petromax. Teknologi yang dibangunkan oleh pakar tempatan ini juga lebih sesuai penggunaannya jika dibandingkan dengan produk-produk dari luar.
7. Berapa banyak jumlah RQ Petromax yang diperlukan dalam tangki ?

Secara umumnya, ia bergantung kepada berapa banyak jumlah pengisian petrol / diesel di dalam tangki. Sukatan yang tepat adalah 1ml untuk setiap 2liter petrol . Walau bagaimanapun disetiap botol RQ Petromax telah disediakan sukatan dengan penandaan liter bagi memudahkan penggunaannya. Disyorkan untuk mengisi RQ Petromax dalam tangki sebelum mengisi bahan api.

8. Bolehkah RQ Petromax digunakan untuk motorsikal? Bagaimana sukatannya?
RQ Petromax boleh digunakan untuk apa sahaja kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol ataupun disel. Sukatan asasnya adalah 1mm RQ Petromax untuk 2 liter bahan bakar.

9. Bagaimana sekiranya kita terlebih sukatan sewaktu menggunakan RQ Petromax?
Ianya tidak memudaratkan enjin dan tidak juga memberi impak keberkesanan yang lebih baik.

10. Adakah RQ Petromax akan memudaratkan kenderaan atau enjin saya?
RQ Petromax dibuat 100% semulajadi dari pati minyak (ester) tumbuhan. Ia tidak akan merosakkan enjin anda. Tidak terkandung bahan toksid, alcohol atau sebarang kimia buatan di dalamnya.

11. Apakah jaminan sekiranya ujian saintifik dapat membuktikan bahawa berlaku kerosakan pada enjin kereta yang berpunca dari penggunaan RQ Petromax?
Jika ada sebarang tuntutan dengan pembuktian yang kukuh, pengguna akan dilindungi dengan insuran libaliti produk berjumlah sehingga RM1juta. Perlindungan ini dibuat melalui syarikat insuran Chartis Malaysia Insurance Berhad.

12. Apa yang akan berlaku sekiranya kita berhenti menggunakan RQ Petromax?
Tiada masalah tetapi yang paling ketara anda boleh merasakan perbezaan pada prestasi kereta ianya akan menjadikan prestasi kereta anda pada keadaan asal seperti sebelum penggunaan RQ Petromax.

13. Di manakah saya boleh mendapatkan RQ Petromax?
RQ Petromax dijual melalui melalui e-center (ejen) berdaftar Red Quattro Sdn Bhd di seluruh negara. Senarai e-center di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak), Brunei dan Singapura boleh diperolehi di laman web www.redquattroil.com.



No comments:

Post a Comment